Akademi Seni Khat Muar

Demi untuk menghidupkan warisan kebudayaan Islam, akademi ini telah diwujudkan sebagai sebahagian daripada aktiviti berterusan Masjid Sultan Ibrahim, Muar. Tapak tetap bagi akademi terletak di sebelah kanan Balai Masjid. Operasi akademi dikendalikan oleh Kelab Belia Seni Khat Maharani. Akademi ini juga bertanggungjawab mengendalikan pameran, jualan dan juga pembelajaran seni khat bagi warga Muar khasnya.



Kelas seni khat untuk semua peringkat umur diadakan secara percuma pada:
Setiap hari AHAD JAM 9.00 pg hingga 12.00 tgh


ANJURAN
MASJID SULTAN IBRAHIM, MUAR


 
 
 
 
 
 
 
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar