Kursus Pra Perkahwinan



Para peserta sedang mendaftar kursus kahwin.
 
Peserta sedang mendengar ceramah ketika kursus sedang berlangsung.

 

Kursus Pra Perkahwinan ini merupakan suatu kursus yang memberi penerangan kepada setiap pasangan islam yang ingin mendirikan rumah tangga atau mendirikan masjid. Kursus ini telah diadakan di balai masjid setiap minggu iaitu pada hari sabtu dan ahad. 

Kursus ini telah menarik setiap golongan tidak kira peringkat umur, pangkat, harta dan darjat. Kerana kursus ini bermatlamat untuk membentuk serta melahirkan keperibadian yang sempurna dalam rumah tangga dan mendidik setiap pasangan iaitu suami dan isteri supaya tahu tanggungjawab masing-masing dalam rumah tangga yang bakal dibina.

Ketika menjalani kursus terdapat pelbagai modul yang diterangkan kepada pasangan dan amat berguna pada setiap pasangan selepas menjalani proses pernikahan yang sah. Antara prosuder yang diterangkan adalah seperti konsep aqidah, prosuder perkahwinan, munakahat, kesihatan dan sebagainya sehingga ke pringkat pembubaran perkahwinan.