WiFi Masjid Jamek Muar
Perkhidmatan internet tanpa wayar yang diberi nama WiFi Masjid Jamek Muar ini merupakan perkhidmatan yang terbuka kepada semua jemaah dan pengunjung Masjid ini. Hampir keseluruhan kawasan persekitaran Masjid ini telahpun diliputi oleh signal internet ini bagi kegunaan semua, khasnya para jemaah, pelajar-pelajar dan pengunjung Masjid ini.
Adalah diharapkan dengan adanya perkhidmatan tanpa bayaran ini, maka para penggunanya dapat lebih manfaat daripadanya dan digunakan dengan cara yang sebaik-baiknya dan tidak menyalahgunakan perkhidmatan ini.
Internet mengandungi bermacam-macam pengisian, maka carilah yang terbaik di antaranya supaya dapat menambahkan ilmu yang bermanfaat dan berkebajikan kepada kita semua. Semoga segala usaha kita diberkati Allah. InsyaAllah.
Perkhidmatan WiFi Masjid Jamek Muar ini bermula dari 9.00 pagi hingga 9.00 malam pada setiap hari.
|