2014
26 Mei 2014 (26 Rejab 1435H) - Isnin 6.30ptg
Ceramah Israk Mikraj

Ceramah Israk Mikraj ini
akan disampaikan oleh Tuan Haji Sulaiman Bin Sharif (mantan Pegawai
Pendidikan Agama Daerah Segamat). Semua jemaah dijemput hadir.
18 Mei 2014
Hari Penilaian Majlis Anugerah Masjid Malaysia - Masjid Sultan Ibrahim Muar.
 







6 Mac 2014
Majlis Solat Hajat Minta Hujan
Anjuran Bersama Masjid Sultan Ibrahim Muar dan Pejabat Kadhi Daerah Muar.
Tarikh : 6 Mac 2014
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Masjid Sultan Ibrahim Muar
Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai agar dapat kita sama-sama bersolat hajat serta berdo'a kepada Allah s.w.t. memohon keampunan dariNya, semoga dilimpahkan rahmatNya dan diakhiri kemarau yang berpanjangan yang melanda negeri kita Johor khasnya, dan negara kita Malaysia amnya.
10 Januari 2014
MAJLIS CERAMAH PERDANA DI AMBANG MAULID AL RASUL 1435/2014
Anjuran Bersama Masjid Sultan Ibrahim Muar dan Majumaz Aktif Sdn. Bhd., Selangor.
Tarikh : |
10 Januari 2014
|
Masa :
|
Selepas Solat Maghrib |
Tempat : |
Masjid Sultan Ibrahim Muar
|
Pencaramah : |
Y.Bhg. Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz Mantan Pegawai Agam Istana Kuala Lumpur
|
Moderator : |
Y.Bhg. Hj. Subirin Bin Hj. Sahan Pengerusi Majumaz Aktif Sdn. Bhd., Selangor
|
Tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai ke majlis ceramah ini.
2-3 Januari 2014
Program Jumaat Qubra
Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni AlMarhum Sultan Iskandar Al-Haj, Sultan Johor, telah mengisytiharkan Hari Jumaat sebagai cuti mingguan bagi Negeri Johor pada 22 November 2013. Baginda bertitah di Majlis Sambutan Hari Keputeraan Baginda di Dewan Jubli Intan Muar.
Sebagai menghargai dan menjunjung kasih ke bawah DYMM Sultan Johor di atas pengisytiharan tersebut, Lujnah Masjid Sultan Ibrahim Muar akan mengadakan Program Jumaat Qubra pada 2-3 Januari 2014 di Masjid Sultan Ibrahim Muar.
Aturcara Majlis
2 Januari 2014 - 7.15 mlm
|
Solat Maghrib. Solat Hajat. Bacaan Yaasin, Tahlil & Do'a Kesyukuran. Jamuan. Solat Isyak. Ceramah Jemputan. Qiamullail.
|
3 Januari 2014 - 5.55 pagi
|
Solat Subuh. Kuliah Subuh oleh Penceramah Undangan.
|
3 Januari 2014 - 9.00 pagi |
Ceramah Motivasi Pelajar Sekolah Menengah. Solat Jumaat. Pembahagian Bubur Lambuk. Selesai. |
Bagi menjayakan Program di atas, kepada ahli qariah Masjid Sultan Ibrahim Muar khasnya dan penduduk Muar amnya diharapkan dapat hadir beramai-ramai. Semoga kehadiran dan kerjasama tuan/puan dapat menyerikan lagi majlis yang tersebut di atas dan mendapat keberkatan dan keredhaan Allah SWT.
|