Sejarah Masjid

Sejarah Pembinaan Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar

Pembinaan masjid ini adalah daripada ikhsan Kerajaan Johor dan Khairat Ahli Negeri Johor Darul Ta’zim.

Masjid Jamek Muar adalah merupakan nama pertama yang diberikan sempena pembuatan masjid dan meupakan masjid yang tertua di Daerah Muar ini. Pembinaan ini ditaja pada tarikh 21 Rejab 1343 Hijriyyah bersamaan 15 Februari 1925 Masihi. Senibina masjid ini telah dilukis oleh “pelukis” Johor pada masa itu iaitu En. Sulaiman Bin Hj. Ilyas. Pembinaan tersebut diketuai oleh Mejar Al-Haj Muhammad Said Bin Hj. Sulaiman.

Masjid Jamek Muar ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Mulia Tengku Ismail (Tengku Mahkota Johor), Yang Berhormat Dato’ Mustapha (Menteri Besar Johor) pada hari Jumaat, jam 11 pagi pada 29 Ramadhan 1347 Hijriyyah bersamaan 28 Februari 1930 Masihi.

Masjid ini telah dirasmikan dan dibuka kepada umum sempena 35 tahun penaklukan dan pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim (Sultan Yang Dipertuan Johor), dan juga kepada Yang Amat Mulia Tengku Ahmad selaku Pesuruhjaya Kerajaan Daerah Muar, serta kepada Yang Berhormat Engku Ali Bin Abdullah selaku Yang Dipertuan Agama Johor.



Gambar ini merupakan gambar Masjid Jamek Muar yang pertama
dibina pada sekitar tahun 1890-an.

Rujukan lanjut sejarah Masjid Jamek Muar boleh juga didapati di Laman Blog Muzium Muar.

 
 
 
 
 
 
 
Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar